Thursday, November 17, 2016

SEJARAH KEWUJUDAN KERAJAAN MELAYU LAMA (GANGGA NEGARA) - GREAT KINGDOM OF GANGGA NEGARA


                                       Kronologi Kerajaan Melayu Lama
Image result for gangga negara
                                            Sumber: LimKokWing Institute

             PENGENALAN
Sejak zaman Melayu Awal lagi, kawasan perairan di negara kita telah menjadi laluan perdagangan utama antara Timur dan Barat.  Ini telah menyebabkan kebanyakan kerajaan awal di negara kita menjadi tempat persinggahan para pedagang terutamanya dari China dan India.  Mereka telah mengumpulkan hasil tempatan untuk didagangkan serta menjadi pusat perkembangan agama. Keistimewaan Selat Melaka khususnya telah menjadi suatu laluan penting kepada pedagang untuk berdagang dan mengembangkan ajaran agama .Faktor ini disebabkan Selat Melaka terlindung daripada tiupan angina monsun dan juga merupakan selat yang terpanjang di dunia yang membolehkan kapal besar melaluinya. Oleh itu, kerajaan Melayu Awal terkenal sebagai pusat dagangan manakala Selat Melaka sebagai jalan perdagangan. Keunikan ini telah menjadi asas kegemilangan negara kita pada hari ini.

Image result for SELAT MELAKA IMAGES
  

                SEJARAH KERAJAAN GANGGA NEGARA
Kerajaan Gangga Negara merupakan sebuah kerajaan kuno yang terdapat di negeri Perak. Namun, terlalu sedikit kajian dan bukti serta jumpaan artifak yang dapat menyokong dan menyingkap rahsia kewujudan kerajaan ini serta kerajaan-kerajaan awal yang lain yang terdapat di negeri Perak. Antara kerajaan ini ialah kerajaan Gangga Negara, Beruas dan Manjung. Kerajaan Gangga Negara merupakan kerajaan terawal di Perak dan kemudian apabila musnah barulah lahir dua buah kerajaan yang mengambil alih kekuasaannya, iaitu Kerajaan Melayu Beruas dan kerajaan Manjung. Berdasarkan sumber tempatan iaitu teks Sejarah Melayu, Kerajaan Gangga Negara ialah sebuah kerajaan yang terletak di kawasan Sungai Dinding iaitu dari Kuala Sungai Dinding ke Sungai Dendang dan merangkumi kawasan Pengkalan Baharu, Segari, Beruas, Lembah Kinta, Bidor, Sungai Siput, Pengkalan di Ipoh serta kawasan-kawasan sekitarnya. Gangga Negara merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan besar pada masa itu dan pusat pemerintahannya sentiasa berubah-ubah.


             LOKASI KERAJAAN GANGGA NEGARA-
Untuk menentukan sahnya lokasi Gangga Nagara  atau Beruas itu maka kita perlu meneliti sumber sejarah khususnya daripada Sejarah Melayu yang mengesahkan tentang penyerangan ‘‘Raja Suran’’, menyatakan bahawa :-

‘‘….., setalah beberapa lamanya, maka Raja Suran pun sampailah kepada sebuah negeri. Gangga Nagara namanya, Raja Gangga Shah Johan nama rajanya. Adapun negeri itu di atas bukit, dipandang dari hadapan terlalu tinggi, dan dari belakang rendah juga: ada sekarang kotanya di darat Dinding ke sana Perak sedikit ….’’

       Melalui ayat ini maka jelaslah bahawa Gangga Nagara  tersebut kedudukannya di kawasan ke darat Dinding, di dalam negeri Perak. ‘Negeri’ kerajaan ini (ataupun letak istana rajanya) diberitahu secara terang dan jelas dalam Sejarah Melayu iaitu lokasinya yang terletak di atas bukit. Persoalannya di sini mengapa kedudukannya harus di atas bukit? Mengikut pandangan yang diutarakan oleh Zaharah Mahmud dalam buku beliau yang mengulas sejarah kerajaan ini iaitu dalam memperkatakan petempatan orang-orang Melayu tradisional, beliau berpendapat kepentingan-kepentingan seperti, ‘‘political strategy, beliefs and superstitions contributes to the final choices of areas of traditional settlements’’. Yang demikian dari segi kepercayaan, maka terdirinya kerajaan Gangga Nagara di atas bukit mengikut daripada Sejarah Melayu. Ini dapat menjelaskan kepercayaan yang dianuti oleh orang-orang Hindu, yang mana mereka mempercayai di atas bukit mahupun gunung itulah tempat yang suci. Melihat dari aspek strategi sudah tentulah lokasi yang dipilih seperti yang disebutkan itu penting dan lebih selamat.

Sumber tulisan Ptolemy dalam Geographike Huphegesis yang dicatatkan pada tahun 150 Masihi ada menyebut tentang sebuah kerajaan yang bernama ‘Konkonagara’, yang dikatakan berlokasi di Sungai Bernam atau Sungai Perak. Nama Konkonagara difahamkan seakan-akan menyerupai nama Gangga Negara; dan sekiranya berasaskan kepada catatan Ptolemy ini maka kerajaan tersebut sudah pun wujud sekitar kurun ke-2 lagi. Walau bagaimanapun, penulis tidak akan menetapkan pada satu-satu lokasi bagi kedudukan kerajaan tersebut secara spesifik oleh kerana hal ini sukar untuk disimpul. Namun dalam hal ini, apa yang pasti bahawa kerajaan itu bertempat di negeri Perak sekarang ini dan bertempat di sekitar kawasan yang meliputi kawasan Kinta, Utara Dinding dan Kawasan Perak Tengah. Yang mana kawasan tersebut adalah luas. Tambahan pula, tempat yang begitu tepat bagi kerajaan ini tidak dapat dibuktikan tanpa mempunyai sebarang kesan atau artifak.


     BUKTI KEWUJUDAN KERAJAAN GANGGA NEGARA
Penemuan barang artifak berupa patung Buddha yang diperbuat daripada gangsa di Tanjung Rambutan dan Pengkalan di Ipoh pada tahun 1931 menguatkan bukti kewujudan kerajaan awal di Perak. Pada tahun 1936 turut ditemui sebuah patung jenis Awalokiteshwara di Bidor dan sekaligus menguatkan lagi bukti ini. Hasil kajian arkeologi mengesahkan bahawa patung-patung Buddha ini datang daripada zaman Gupta di India yang wujud pada kurun ke 5 dan ke 6 Masihi. Proses penyelidikan arkeologi yang dijalankan di kawasan Tanjung Rawa di Kuala Selinsing, Perak seterusnya menemui banyak barang artifak seperti butiran manik, periuk belanga, barangan perhiasan, cincin emas dan cap mohor yang tertulis dalam tulisan Palava. Hasil kajian secara klinikal mempercayai bahawa bahan-bahan artifak ini adalah daripada kurun ke-7 Masihi. Penemuan bukti arkeologi ini turut menguatkan hujah bahawa sudah wujud sebuah kerajaan awal di Perak selewat-lewatnya pada kurun ke-5 atau ke-6 Masihi yang bernama Gangga Negara.


          Image result for gangga negara               Image result for gangga negara

Gambar dari Muzium Sejarah Nasional Kuala Lumpur. Patung gangsa abad ke-8 / 8 patung Avalokitesvara Buddha berdiri bertangan 8 dijumpai di lombong bijih Anglo Oriental, Bidor, Perak pada tahun 1936.  Patung ini berketinggian  79 cm.
                  

Image result for gangga negara

Patung sami guru Hindu abad ke-9 dijumpai di Jalong, Perak (kanan)


          Menurut sumber luar lain pula khususnya sumber Arab dan sumber China, kerajaan Gangga Negara telah mencapai tahap kegemilangan dan kemakmuran berdasarkan gambaran pembinaan istana dan persekitarannya. Hal ini digambarkan oleh Morgan (1952) sebagai:

This was called Zabaj by the Arabs and Cho-po by the Chinese. Its capital was at Bruas on the River Perak. Since those day the river’s mouth has silted up, but where are now te ricefields of Dendang was once a harbour and a city. It became a regular port of call for ships going up the straits, it was famous for its gold, and probably sold tin, for which there was a market in Baghdad. Of it travellers wrote, ‘‘The royal palace has golden tiles, the kitchen silver’ the palace walls decorated with pearls, and there are two ponds with golden shores.’’ Malay legend says that old town was so large that it tooks a cat three months to go all round its roofs.

        Catatan ini juga menjelaskan bahawa kerajaan Gangga Negara menjalankan kegiatan perdagangan, serta menjadi tumpuan para pedagang luar seperti negara Arab dan juga China. Hatta kerajaan Gangga Negara memiliki sumber emas dan bijih timah yang menjadi bahan dagangan. Bahan-bahan mentah ini mendapat permintaan yang tinggi khususnya di Baghdad. Malah, kemakmuran dan kekayaan yang dimiliki hasil kekuatan kerajaan Gangga Negara berjaya mempertahankan diri daripada serangan kerajaan Srivijaya pada tahun 850 Masihi.

      Kerajaan Gangga Negara didakwa telah musnah pada kurun ke-11 Masihi, apabila diserang Srivijaya dibawah pimpinan Raja Rajendra Chola pada tahun 1025 Masihi. Peristiwa ini turut tercatat dalam kisah serangan kerajaan Srivijaya ke atas negeri-negeri di utara Semenanjung Tanah Melayu khususnya peristiwa serangan terhadap kerajaan Kadaram atau Kedah. Ramai sarjana menyatakan bahawa serangan ini merangkumi penaklukan terhadap kerajaan Gangga Negara . Fakta ini turut sama dipersetujui dalam sumber tempatan khususnya melalui sumber catatan Sejarah Melayu. Namun, terdapat sedikit perbezaan berkaitan nama raja yang menyerang, iaitu Raja Suran. Tidak dapat dipastikan sama ada Raja Rajendra Chola I dan Raja Suran adalah orang yang sama. Perkara yang pasti adalah pada tahun 1025 Masihi, kerajaan Gangga Negara telah dimusnahkan. Rumusannya, tempoh masa kerajaan Gangga Negara adalah antara kurun ke-5 hingga ke 11-Masihi.