1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang
terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza dari segi kepercayaan, budaya dan
bahasa. Kepelbagaian latar belakang menjadi cabaran setiap kaum di negara ini
khususnya Melayu, Cina, India dan bumiputra. Perbezaan ini sememangnya menyukarkan
para pemimpin untuk memacu pembangunan negara. Oleh itu, suatu formula yang
jitu dan ampuh perlu diwujudkan dalam mencapai perpaduan dan integrasi semua
etnik menjadi satu bangsa Malaysia yang bersatu. Justeru
itu, aspek pendidikan telah dijadikan salah satu wadah atau saluran utama
kerajaan untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia. Pendidikan di
Malaysia telah dijadikan salah satu sistem sosial yang paling penting bagi
perkembangan dan kemajuan Negara. Oleh itu, perancangan yang rapi, teratur dan
terperinci telah dibuat untuk mencapai misi dan matlamat tersebut.
Bagi setiap negara
yang sudah mengecapi kemerdekaan, salah satu aspek penting yang harus
dititikberatkan dalam usaha untuk memacu negara yang maju dan membangun dari
aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem
pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah
negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu
di mana kanak – kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali sosiobudaya
serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk
menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan
tentang kefahaman serta nilai – nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan
para pelajar.
2.0 Sejarah Pendidikan Vernakular di Malaysia
Kerajaan British pada awalnya tidak
berniatpun memajukan bidang pendidikan semasa memerintah Tanah Melayu. Ramai
pegawai British berpendapat bahawa pendidikan terutamanya untuk orang Melayu
tidak mendatangkan faedah namun sebaliknya akan menimbulkan kesedaran pada
golongan terdidik untuk menentang kerajaan. Walaubagaimanapun, atas desakan
pembesar Melayu iaitu Sultan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, pihak
pemerintah British merasakan ada baiknya memberikan pendidikan setakat
pendidikan rendah untuk orang Melayu. Oleh yang demikian, kerajaan British telah
membina secara beransur-ansur sekolah rendah vernakular Melayu sejak
pertengahan abad ke-19 sehinggalah berlaku Perang Dunia Kedua.
Vernakular bermaksud ‘‘bahasa pengantar bahasa ibunda’’. Dasar
British yang memberikan kelonggaran dalam hal penubuhan sekolah telah
menyebabkan penubuhan sekolah Inggeris oleh pendakwah Kristian, sekolah
vernakular Cina oleh masyarakat Cina dan sekolah vernakular Tamil oleh pemilik
ladang kopi dan getah. Justeru itu, sudah sememangnya ciri utama pendidikan
pada zaman pemerintahan British ialah
ketiadaan matlamat dan objektif dalam bidang pendidikan. Seterusnya
perkara ini menimbulkan ketidakseragaman dalam orientasi dan kurikulum
pendidikan yang seterusnya menimbulkan masalah yang rumit khususnya dari segi
perpaduan kaum, apabila negara ini ingin mencapai kemerdekaan.
2.1 Sekolah Melayu
Pada mulanya sekolah Melayu ditubuhkan
di Negeri-negeri Selat atas usaha Blundell, Gabenor Negeri-negeri Selat. Sekolah-sekolah
ini diberikan bantuan kewangan oleh kerajaan British. Sekolah pertama yang ditubuhkan ialah di Teluk Belanga di Singapura,
ini diikuti oleh sekolah-sekolah lain di Melaka dan juga di Pulau Pinang.
Tetapi, sekolah-sekolah ini tidak mendapat sambutan daripada ibu bapa Melayu. Untuk
menggalakkan anak-anak Melayu Bersekolah, A.M. Skinner mengubahsuai
sekolah-sekolah ini, supaya pelajaran sekular diajar pada waktu pagi dan petang
pula pengajian al-Quran diadakan. Kerajaan British membiayai guru yang mengajar
bahasa Melayu. Tetapi ibu bapa murid-murid bertanggungjawab membiayai gaji guru
yang mengajar agama Islam, iaitu al-Quran.
Pada mulanya,
sekolah-sekolah ini tidak mendapat sambutan yang baik. Orang-orang Melayu tidak
menyokong pendidikan sekular kerana bebanan yang mereka hadapi dari segi
kewangan kerana mereka perlu tanggung gaji guru-guru agama. Di Selangor, denda
berbentuk wang dikenakan ke atas ibu bapa yang tidak menghantar anak-anak
mereka ke sekolah. Ganjaran turut diberikan kepada pelajar yang menghadiri ke
sekolah dengan baik dan menunjukkan usaha. Akhirnya satu enakmen dikeluarkan di
Perak, Selangor dan Negeri Sembilan yang mewajibkan kehadiran anak-anak Melayu
yang berumur tujuh hingga empat belas tahun di sekolah (Awang Had Salleh, 1980).
Tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa
yang tidak berbuat demikian.
Di bawah
pentadbiran British, peluang untuk anak-anak Melayu di desa untuk mendapat
peluang pendidikan lebih terhad dan mereka kekurangan guru-guru terlatih. Hanya
empat tahun pelajaran sekolah rendah diberikan kepada kebanyakan pelajar
Melayu. Pelajaran di sekolah Melayu meliputi aspek-aspek pertanian, berkebun di
sekolah dimulakan untuk memberi pengalaman dan pengetahuan pertanian kepada murid.
Pelajaran seperti anyaman bakul juga diperkenalkan. Dalam usaha menyelaraskan
pelajaran Melayu, jawatan Nazir Sekolah Melayu juga diperkenalkan. Buku-buku
Melayu yang baru dicetak dan guru-guru sekolah Melayu mula diberi latihan
apabila Maktab Perguruan Sultan Idris ditubuhkan pada tahun 1922.
2.2 Sekolah Cina
Dengan pertambahan penduduk Cina di
negeri-negeri Melayu, sekolah-sekolah Cina mula dibina. Sekolah Cina ditubuhkan
oleh masyarakat Cina secara bebas dan tanpa bantuan British. Sekolah Cina dijalankan
mengikut corak sekolah-sekolah sekolah di negeri China. Buku-buku dan guru dari
negeri China dibawa masuk sebagai bahan dan tenaga pengajar. Pada peringkat
awal, kesemua sekolah Cina memberi pendidikan hingga tahap sekolah rendah
sahaja. Pada tahun 1913, seorang peniaga Cina, Tan Kah-kee menubuhkan Sekolah Menengah Cina yang pertama, yang
dikenali sebagai ‘Nanyang Overseas Chinese School’. Pendidikan untuk anak-anak
perempuan Cina yang pertama adalah Sekolah Kuen Cheng yang mula mengambil
murid-murid perempuan pada tahun 1908.
Selepas revolusi
1911 di China, pengaruh unsur-unsur politik negeri China terserap di
sekolah-sekolah China. Perkembangan ini mendesak kerajaan Brisith mengambil
peranan yang lebih langsung dan aktif dalam usaha mengawal perkembangan
pendidikan Cina di Tanah Melayu. Kerajaan mula
mendaftar sekolah-sekolah Cina sebagai langkah untuk mengawal sekolah-sekolah
ini. Kerajaan British mula membiayai sekolah-sekolah Cina dan Pengarah
Pelajaran diberi kuasa untuk menutup sekolah-sekolah yang tidak mengikuti
peraturan-peraturan berkenaan dengan sukatan pelajaran. Untuk menyekat
aktiviti-aktiviti politik dan ideologi komunis di sekolah-sekolah Cina, Gabenor
Cecil Clementi Smith telah mengharamkan aktiviti ‘Kuomintang’ di
sekolah-sekolah Cina. Bantuan kewangan hanya diberikan kepada sekolah yang
menggunakan loghat-loghat Cina selain mandarin. Bahasa Inggeris juga mula
diajar sebagai satu mata pelajaran.
2.3 Sekolah Tamil
Bagi kaum India, pendidikan awal hanya
diberikan dalam bahasa Tamil, kerana orang Tamil adalah kumpulan penduduk India
yang terbesar di Tanah Melayu. Perkembangan pendidikan Tamil tidak dapat
dipisahkan dengan perusahaan ladang-ladang di Tanah Melayu. Dengan kedatangan
imigran dari India, sekolah-sekolah Tamil juga dimulakan di ladang-ladang.
Kelas-kelas diadakan di bangunan-bangunan lapuk dan diajar oleh orang-orang
yang tidak terlatih seperti
kerani-kerani ladang atau ‘mandor’. Sekolah-sekolah ini tidak mempunyai
sukatan pelajaran yang tertentu dan kebanyakan buku-buku yang digunakan adalah
dari India. Pada tahun 1920, Kerajaan British melantik tiga orang sebagai
Penolong Nazir Sekolah Tamil di Perak dan seorang di Selangor. Langkah ini tidak dapat meningkatkan mutu sekolah-sekolah Tamil.
Kadar keciciran adalah sangat tinggi dan
kebanyakan pelajar tidak dapat menyempurnakan
persekolahan mereka iaitu selama empat tahun.
Di kawasan-
kawasan bandar, badan-badan agama mengusahakan pembinaan sekolah-sekolah Tamil.
Kurikulum, buku teks dan guru dibawa dari India. Pihak British tidak mengawal
atau mementingkan sekolah-sekolah Tamil. Pada tahun 1923, Kod Buruh diluluskan.
Dengan ini, ladang-ladang yang mempunyai
lebih dari 10 orang anak antara 7 hingga 14 tahun diwajibkan menyedia kemudahan
persekolahan bagi mereka. Ia akan dibiayai oleh majikan ladang-ladang tersebut.
Pada amnya, mutu sekolah Tamil sangat rendah , pelajaran hanya diberikan selama
empat tahun. Oleh sebab buku-buku dan guru dibawa dari India,
sekolah-sekolah ini lebih
berorientasikan India seperti sekolah-sekolah Cina yang berorientasi kepada
ideologi China.
2.4 Sejarah Pendidikan Sekolah Kebangsaan
Pendidikan adalah salah satu cara
terbaik untuk membentuk dan seterusnya menyuburkan semangat cintakan negara
serta perasaan kekitaan antara kaum. Namun begitu kerana latar belakang sistem
pendidikan yang berbeza-beza antara kaum, maka matlamat itu sukar untuk
dicapai. Sebelum British meninggalkan Tanah Melayu, mereka mulai menyedari
masalah ini. Oleh itu, mereka telah mengambil inisiatif untuk mengatasinya
dengan menubuhkan beberapa jawatankuasa yang berfungsi menyelidiki masalah ini
dan mengutarakan pendapat dan cadangan bagi mengatasinya. Antara jawatankuasa
yang terawal dibentuk ialah Jawatankuasa Barnes pada tahun 1950.
Pengerusinya
L.J Barnes mengambil kesimpulan bahawa perpaduan boleh dicapai melalui
pendidikan pada peringkat rendah lagi iaitu dengan mengutarakan pendidikan satu
aliran yang dinamakan Sekolah Kebangsaan dengan menggunakan bahasa Melayu dan
Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Serentak dengan ini semua sekolah berasaskan kaum harus ditutup untuk
memastikan matlamat perpaduan dapat dicapai. Walaubagaimanapun, cadangan
seperti ini sukar dilaksanakan kerana setiap kaum belum bersedia melakukan
demikian. Hasilnya penyata Fenn-Yu menyarankan agar dikekalkan sahaja sekolah
sedia ada dengan bahasa pengantar masing-masing. Masalah pendidikan ini telah mendapat
perhatian serius bukan sahaja dari kerajaan malahan juga dari segenap lapisan
masyarakat.
Kerajaan
Parti Perikatan yang diberi peluang mentadbir Tanah Melayu apabila memenangi
pilihan raya tahun 1955. Keprihatinan
kerajaan Perikatan terserlah apabila Menteri Pendidikan, Dato’ Abdul Razak bin
Hussien mengetuai satu jawatankuasa bagi mengkaji situasi pendidikan semasa. Hasilnya pada tahun 1956, mereka telah mengemukakan
satu laporan yang dikenal sebagai Laporan Razak. Jawatankuasa ini mencadangkan satu bentuk
pendidikan yang menyeluruh. Bagaimanapun, ia tetap mengekalkan sekolah rendah
Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
Sesuatu yang baru dari jawatankuasa ini
adalah sistem pendidikan sekolah menengah yang sama untuk semua kaum. Ini bermakna
tiada lagi sekolah berasaskan kaum dan penggunaan bahasa pengantar berbeza-beza
pada peringkat sekolah menengah.
Cadangan
daripada jawatankuasa ini telah diterima pakai oleh kerajaan Perikatan dan
hingga sekarang pun sistem pendidikan kita mewarisi cadangan tersebut walaupun
bukan sepenuhnya lagi. Nampaknya hasrat untuk mewujudkan satu sistem pendidikan
bersepadu melampaui sempadan perkauman masih tidak kesampaian sehingga hari
ini. Dengan ketiadaan satu semangat nasionalisme yang membawa kesepaduan rasa
kesetiaan diiringi perasaan kekitaan yang tinggi maka sukar sistem pendidikan
yang tunggal dapat dilaksanakan. Malahan perasaan takut kehilangan identiti kaum masing-masing
menjadi penghalang dalam mewujudkan sistem pendidikan yang berteraskan satu
bahasa sahaja.
rujukan???
ReplyDeleterujukan artikel ni dari mana ya?
ReplyDeleteRujukan dari mana Tuan....
ReplyDeleteJadi, puncanya sekolah vernakular masih tidak dapat ditutup sehingga ke hari ini, disebabkan takut kehilangan identinti bangsa masing masinglah. Mungkin generasi kaum cina dan india takut bahasa mereka akan pudar ditelan zaman . Sepatutnyakan, bahasa pengantar tamil dan mandarin boleh dimasukkan sekali dalam silibus sekolah kebangsaan,boleh buat pilihan nak belajar ke tak
ReplyDeletebaik doo
DeleteSemua ini bermula daripada;
ReplyDeletei) Kelemahan Parti Perikatan selepas memenangi pilihanraya dah membentukkan Laporan Razak;
1. Yang tidak tegas menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di sekolah dan penekanan bagi menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah satu aliran demi perpaduan rakyat semasa dan di masa depan.
2. Masih mengekalkan sekolah Cina dan sekolah Tamil.
3. Tidak berusaha mengekalkan, memperjuangkan, memberi pendidikan Bahasa Melayu dikalangan kaum Cina dan India.
4. Tidak serius dalam menjadikan keharmonian sesama kaum supaya dapat hidup sebagai rakyat Malaysia
(Malaya) utk hidup saling faham memahami, hormat-menghormati dgn memberi pendekatan dan penekanan dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.
5. Membiarkan kaum Cina dan India membawa unsur² dan kepercayaan politik dari negara asal utk diamalkan dibumi Malaysia ( Malaya)
6. Tidak menekankan sikap taat setia terhadap negara ini dikalangan kaum Cina dan India.
7. Ujudnya sikap iri hati, dengki mendengki, sombong dan tidak mahu bercampur gaul dikalangan kaum khasnya kaum Cina yg nampak sangat kesombongannya berbanding dengan kain India.
Tapi mutakhir ini semakin terserlah sikap yang amat membimbangkan terhadap perpaduan kaum.
Hanya sekarang semakin retak menunggu terbelah????
Atau adakah lagi cara lagi utk mendapatkan satu titik persefahaman, kerjasama, hormat menghormati, toleransi dikalangan 3 kaum ini.
Apa pun Perlembagaan Persekutuan tetap terpelihara.
Artikel yang baik. Cuma kalau dilihat dalam Perlembagaan Persekutuan agak bercanggah kerana ia menyatakan pendidikan bahasa sepatutnya satu subjek dan pelajaran dan bukan sebagai bahasa pengantar. Bahasa Kebangsaan adalah bahasa rasmi dan tanggungjawab Kerajaan yang tentukan penggunaannya. Laporan Razak 1957 sepatutnya mengikut ketetapan Perlebahaan Persekutuan.
ReplyDelete